Soalan :
Sekiranya terjadi keadaan yang memaksa sekumpulan orang
islam bersolat tanpa pakaian, adakah mereka dituntut juga untuk bersolat
jemaah? Dalam situasi begini , apa yang perlu didahulukan, memelihara aurat
atau bersolat berjemaah?
Jawapan
Tidak dapat dibayangkan bagaimana situsi begini boleh
berlaku. Namun sekiranya ia terjadi, solat berjemaah masih dituntut untuk
dilakukan. Jemaah dan imam yang tidak berpakaian ini hendaklah berada dalam
satu saf (barisan) dengan mata memandang ke atas atau dipejamkan supaya tidak
terlihat aurat orang lain. Solat dilakukan dengan cepat terutama pada
rukun-rukun yang menonjolkan aurat seperti rukuk dan sujud .
Boleh juga sekiranya mereka bersolat,jemaah dalam keadaan
duduk. Dengan cara ini, aurat besar (dubur dan qubul) terpelihara daripada
terdedah dengan jelas.
Petikan :
Buku" Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Halaman 49
Post a Comment