1News Online:
Home » , » Sukan - Fabregas: "Perlawanan terhebat kami musim ini"

Sukan - Fabregas: "Perlawanan terhebat kami musim ini"

Monday, October 29, 2012 | 1:01 AM

Pemain tengah Barcelona, Cesc Fabregas, yang menjaringkan gol dalam kemenangan 5-0 atas Rayo Vallecano, gembira dengan persembahan hebat pasukannya.

Walaupun Barca mencatat kemenangan besar, perlawanan itu agak seimbang di awal perlawanan. Walaubagaimanapun, Barca meningkatkan prestasi mereka selepas jaringan pembukaan David Villa dan menjaringkan empat lagi gol untuk bergerak 11 mata di hadapan Real Madrid dalam liga.
Fabregas menjaringkan gol keempat perlawanan dan berkata beliau sungguh gembira dengan persembahan pasukannya. Selepas tidak beraksi di kemenangan menentang Celtic di Liga Juara-Juara, beliau gembira dapat kembali ke kesebelasan utama dan berkata persembahan semalam adalah persembahan terhebat mereka musim ini.
"Kami telah memberikan persembahan terbaik kami setakat musim ini," Fabregas memberitahu laman rasmi kelabnya.
"Para pemain Rayo memberikan segala-galanya di separuh masa pertama dan itu telah membantu kami di separuh masa kedua, di mana kami mendapat lebih banyak ruang."
Dan beliau merasakan prestasi Barca akan bertambah baik di minggu-minggu akan datang.
"Kami harus berbangga dengan pasukan ini. Kami sedang  menghadapi banyak kecederaan tetapi kami masih mempunyai sebuah skuad yang besar untuk terus menang."
"Apabila semua pemain kembali dari kecederaan, kami akan jadi lebih hebat."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger