1News Online:
Home » , » FIFA umumkan calon-calon Ballon D’Or

FIFA umumkan calon-calon Ballon D’Or

Tuesday, October 30, 2012 | 1:27 PM


Pasukan juara Eropah 2012, Sepanyol dijangka bolot anugerah FIFA Ballon D’Or.

Tujuh pemain dari pasukan gergasi itu - Xabi Alonso, Sergio Busquets, Iker Casillas, Andres Iniesta, Gerard Pique, Sergio Ramos dan Xavi - telah disertakan dalam senarai pendek dengan 23 pemain sahaja yang bakal diumumkan petang ini.
Vicente del Bosque yang telah memberikan pasukan beliau kejohanan hebat untuk kali ke tiga, turut dicalonkan dalam kategori pengurus terbaik bersama Cesare Prandelli yang sedang mendidik pasukan Itali walaupun ditewaskan oleh Sepanyol pada perlawanan akhir.
Pemain terbaik pada tahun 2011, Lionel Messi dan tempat kedua, Cristiano Ronaldo turut disenaraikan.
Andrea Pirlo yang telah mendorong pasukan Itali untuk meraih kejayaan pada musim panas, juga merupakan salah satu calon bersama penyerang Atletico Madrid Radamel Falcao dan pemain bintang Brazil Neymar.
Pemain Manchester United Wayne Rooney kekal sebagai pemain Inggeris untuk disenaraikan kali kedua berturutu-turut.
Rooney telah menjaringkan beberapa gol pada tahun 2012 tetapi tidak mendapat trofi bersama pasukan dan tidak mampu bermain lebih di pertandingan Juara-Juara Eropah setelah pasukan England disingkir pada peringkat suku akhir.
Musuh ketat pasukan Manchester City juga mempunyai tiga pemain dalam senarai: Sergio Aguero, Mario Balotelli dan Yaya Toure.
Robin van Persie yang dikatakan sebagai penjaring terbanyak bersama bekas pasukan Arsenal sebelum berpindah ke Old Trafford bersama Rooney pada musim panas, turut disenaraikan.
Kededua pengurus United Sir Alex Ferguson dan pengurus City Roberto Mancini telah dicalonkan dalam kategori pengurus terbaik bersama Roberto Di Matteo yang telah membawa pasukan Chelsea untuk menjuarai Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Pemain utama dalam pasukan Di Matteo yang kini dihargai ramai: bekas penyerang Blues Didier Drogba juga dimasukkan dalam senarai.
Calon-calon untuk pemain terbaik: Sergio Aguero (Argentina), Xabi Alonso (Sepanyol), Mario Balotelli (Itali), Karim Benzema (Perancis), Gianluigi Buffon (Itali), Sergio Busquets (Sepanyol), Iker Casillas (Sepanyol), Cristiano Ronaldo (Portugal), Didier Drogba (Ivory Coast), Radamel Falcao (Colombia), Zlatan Ibrahimovic (Sweden), Andres Iniesta (Sepanyol), Lionel Messi (Argentina), Manuel Neuer (Germany), Neymar (Brazil), Mesut Ozil (Germany), Gerard Pique (Sepanyol), Andrea Pirlo (Itali), Sergio Ramos (Sepanyol), Wayne Rooney (England), Yaya Toure (Ivory Coast), Robin van Persie (Holland), Xavi (Sepanyol).
Callon-calon untuk pengurus terbaik: Vicente del Bosque (Sepanyol)), Roberto Di Matteo (Itali/Chelsea), Alex Ferguson (Scotland/Manchester United), Pep Guardiola (Sepanyol/Bekas pengurus Barcelona), Jupp Heynckes (Jerman/Bayern Munich), Jurgen Klopp (Jerman/Borussia Dortmund), Joachim Low (Jerman), Roberto Mancini (Itali/Manchester City), Jose Mourinho (Portugal/Real Madrid), Cesare Prandelli (Itali).
Keputusan akan didedahkan di gala FIFA Ballon d'Or pada 7 Januari 2013.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger