1News Online:
Home » , , » Sukan - Gol Tevez selamatkan City

Sukan - Gol Tevez selamatkan City

Sunday, October 28, 2012 | 3:10 PM


Carlos Tevez menjaringkan gol tunggal dalam pertemuan dengan Swansea dan memastikan kemenangan untuk Manchester City.

Roberto Mancini pasti berpuas hati dengan kemenangan ini walaupun pasukannya tidak bermain dengan baik.
Ini juga adalah hanya kali kedua gawang mereka tidak dibolos - penjaga gol mereka Joe Hart telah membuat dua halangan penting dari Michu.
Tevez membuka tirai dengan rembatan kencang dari lebih kurang 30 meter selepas sejam kedua-dua pasukan bersaing dalam pertembungan yang amat membosankan.
Gol itu telah menenangkan pasukannya sedikit tetapi kedua-dua pasukan masih kelihatan tergesa-gesa dalam pertembungan yang mempunay 12 minit masa tambahan akibat kecederaan kepada Michel Vorm dan Micah Richards.
Selepas formasi benteng pasukannya dikritik dalam kekalahan kepada Ajax, Mancini menggantikan Joleon Lescott untuk Matija Nastasic.
Separuh masa pertama tidak mempunyai banyak peluang di dalam kotak penalti masing-masing dengan rentak perlawanan semakin merosot.
Swansea telah cuba untuk mengambil kesempatan keadaan Nastasic dengan hataran Angel Rangel tetapi Micah Richards menghalang Michu dari menerimanya.
Penyerang Swans itu kelihatan tercedera dari asakan itu dan Joe Hart menonjolkan semangat kesukanan beliau dengan meminta untuk perlawanan ditunda supaya saingannya dapat rawatan.
Michu menindak beberapa minit kemudian dan berjaya membolos gawang Hart tetapi beliau dalam posisi ofsaid. Michu terus mengancam hingga detik akhir separuh masa pertama tetapi Hart menunjukkan daya kesedaran yang tinggi dan membuat halangan yang penting.
Mancini kemudian menyertakan Mario Balotelli dalam separuh masa kedua untuk menggantikan Kolarov yang tidak efektif dan penyerang Itali itu menguji penjaga gol saingan dalam dua minit dengan percubaan yang baik.
Balotelli meneruskan prestasi baik apabila menerima hantaran tepat dari Nasri dan menggelecek lepas Vorm tetapi penyerang itu gagal mengambil kesempatan.
Swansea cuba membalas dengan gerakan yang menyaksikan Jonathan de Guzman membuat hantaran jauh untuk Michu yang menanduk bola ke Hart dan Richards segera menendang bola keluar tetapi Ki Sung-yeung merampas kawalan dan memberi rembatan yang dihalang oleh Kompany.
City terus membangkitkan permainan dan membuka tirai melalui Tevez dari hantaran Clichy sebelum melepaskan rembatan kencang lepas Vorm - gol pertama beliau dalam lapan penampilan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger