1News Online:
Home » » Hiburan - Greyson Chance Sah Turun Malaysia November Ini

Hiburan - Greyson Chance Sah Turun Malaysia November Ini

Sunday, October 28, 2012 | 3:42 PM


Anda peminat setia Greyson Chance? Ingin bersemuka secara langsung bersamanya? Kini impian anda bakal menjadi kenyataan. Bagi anda yang meminati penyanyi antarabangsa yang popular dengan lagu “Waiting Outside The Line” ini, datanglah beramai-ramai di 3 destinasi dalam Malaysia pilihan Greyson Chance untuk bertemu bersamanya.
Antara destinasi pilihan yang bakal dia kunjungi adalah “tHe Spring Kuching” pada 1 November jam 8 malam, kemudian pada 2 November jam 4 petang di “Kuching Birthday Invasion” manakala dia juga bakal menjejakkan kaki di “Hitz.fm KK Birthday Invasion” pada 3 November jam 7 malam. Selain itu, sesi tandatangan turut akan diadakan pada 4 November jam 11.30 pagi dimana tempatnya akan diumumkan kelak melalui “universalmusic.com.my” atau “Universal Music Facebook Page”.
Greyson Chance antara pilihan pertama artis antarabangsa untuk melakukan persembahan sekaligus mencipta sejarah dalam Malaysia timur. Namun, bagi peminat yang berada di Kuala Lumpur usah gusar! Ini kerana dia juga bakal menjejakkan kaki di Kuala Lumpur sekaligus melancarkan album mini terbarunya iaitu EP, “Truth Be Told – Part 1″ dan lagu “Sunshine & City Lights” pada 29 Oktober ini.
Bukan itu sahaja, hasil kerjasama antara “Universal Music Malaysia” dan “FOS”, anda juga boleh menikmati sebahagian barangan eksklusif “Greyson Chance’s Official Merchandises” yang kini boleh didapati di kedai rantaian runcit FOS seluruh negara.
Antara barangan eksklusif “Greyson Chance’s Official Merchandises” termasuklah 4 reka bentuk T-shirt terbaru, Tumbler dan sebuah Eco Bag dimana harganya boleh didapati serendah RM49.00 yang disertakan bersama sebuah poster eksklusif Greyson Chance bersaiz A4. Selain itu, ianya juga bakal dilengkapkan dengan album mini “EP – Truth Be Told – Part 1″ yang terbaru.
Sementara itu, peminat juga bolehlah membawa poster eksklusif berukuran A4 atau album mini “EP – Truth Be Told – Part 1″ untuk ditandatangani oleh Greyson Chance di kedai rantaian runcit FOS di F.O.S Mid Valley Megamall, pada 5 November bersamaan hari isnin pada jam 8 malam.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger