1News Online:
Home » , , » Sukan - Hernandez: United tidak mampu kalah

Sukan - Hernandez: United tidak mampu kalah

Tuesday, October 30, 2012 | 1:24 PM


Javier Hernandez berpendapat bahawa kemenangan 3-2 pasukan Manchester United ke atas Chelsea telah menukar arah perjuangan untuk meraih kejohanan pada musim ini.

Hernandez telah menjaringkan gol kemenangan pada 15 minit terakhir untuk meraih kemenangan pertama United di Stamford Bridge dalam sepuluh tahun.
Kemenangan itu telah meluaskan lagi rekod kemenangan United ke lima perlawanan dan merapatkan jarak dengan ketua liga Chelsea dengan hanya satu mata.
Masalah kubu pertahanan United dan prestasi lemah Chelsea pada awal musim telah meragukan ramai peminat jika pasukan Chelsea akan memenangi liga pada musim ini.
Setelah membawa pasukan ke hadapan dengan jaringan gol emas pada babak kedua, Hernandez tidak meragukan betapa pentingnya nilai tiga mata kepada pasukan beliau.
"Perlawanan itu mampu menukar arah pertandingan ini," pemain dari Mexico itu berkata.
"Ia sangat penting untuk kami menghalang mereka dari lebih meningkat dalam kedudukan.
"Kami juga harus berjuang untuk mendapat tiga mata."
Walapun telah melalui permulaan yang agak lemah, United kini menonjolkan prestasi yang semakin mantap.
Pasukan Ferguson telah meraih kemenangan ke atas Chelsea dan Liverpool dan pemain tengah Michael Carrik yakin bahawa pasukan beliau mampu kekal rekod apabila mereka bertemu Arsenal hujung minggu seterusnya.
"Ia penting untuk mengambil mata dari musuh anda seperti Liverpool, Chelsea dan Arsenal pada minggu hadapan," beliau berkata.
"Kami telah mengalami beberapa kekalahan tetapi kami mampu bangkit dan sedang bermain dengan baik."
Perlawanan itu berakhir dengan lima jaringan gol, dua kad merah dan keputusan para pengadil yang telah menimbulkan bantahan antara Ferguson dan pasukan Chelsea.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger