1News Online:
Home » » Hiburan - Hazama Nafi Diri Sombong, Mahu Kahwin Umur 30

Hiburan - Hazama Nafi Diri Sombong, Mahu Kahwin Umur 30

Tuesday, October 30, 2012 | 12:36 AM


Biasalah kalau sudah meniti dunia hiburan, apa saja yang dilakukan pasti akan menimbulkan pelbagai spekulasi. Hazama, 28, ketika ditemui di majlis pengumuman 30 buah lagu yang layak untuk ke Separuh Akhir Muzik-Muzik di Ecoba Restaurant, Damansara Perdana menafikan tuduhan oleh sesetengah pihak yang mengatakan dirinya sombong.
“Saya tak faham kenapa orang cakap saya sombong? Walaupun dalam televisyen saya lain, tapi dekat luar saya adalah sebaliknya,” jelas Hazama.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Pokok’ ini juga menjelaskan bahawa dia menganggap dirinya seperti orang kebanyakan jika diluar waktu kerja.
“Apabila saya berada diluar waktu kerja, saya menganggap diri saya macam orang kebanyakan. Saya pun nak rasa hidup macam orang biasa. Saya tak nak la buat macam diri saya ni popular,” tambah Hazama lagi.
Mengusik tentang alam percintaannya, Hazama tidak kekok untuk bercerita kepada OHBULAN! mengenai dirinya. Menurut Hazama, dia dan teman wanitanya yang hanya dibahasakan sebagai Noor, 28, sudahpun berkenalan lebih 6 tahun.
“Teman wanita saya orang Kuala Lumpur dan kami sudah kenal lebih 6 tahun. Saya ni bukanlah seorang yang senang bercinta, tapi bila dah kenal dan tau hati budi barulah saya serius,” ujar Hazama.
Ditanya adakah perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, Hazama menjelaskan, “Saya ‘target’ untuk kahwin sekitar umur 30-31. Bagi saya ia bukanlah satu jangka waktu yang lewat pun.”
Dalam pada itu, Hazama telah berjaya membawa 2 buah lagu berjudul Simetri ft. Amy Search dan juga Majnun ke Separuh Akhir Muzik-Muzik edisi ke-27. Kedua buah lagu ini telah dikompos oleh komposer terkenal, Audi Mok.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger