1News Online:
Home » » Hiburan - Johan Bagaikan Striker Kami – Radio Era

Hiburan - Johan Bagaikan Striker Kami – Radio Era

Sunday, October 28, 2012 | 3:23 PM



“Johan adalah sebahagian daripada ramuan yang kami sajikan untuk pendengar setia radio Era Fm. Bagaimana pun, seperti sebuah pasukan bola, setiap pemain ada peranan dan kehebatan masing-masing. Ada yang bermain sebagai striker, ada yang bermain sebagai pertahanan. Justeru, keputusan Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, 2012 yang menobatkan radio Era di kedudukan nombor 1 pada hari Selasa lepas adalah atas kerjasama semua pihak yang memainkan peranan masing-masing. Johan sebagai striker, manakala saya sebagai coach, ” jelas Pengurus Program Era Fm, Nazri Noran menepis dakwaan bahawa Johan adalah faktor utama kejayaan radio berkenaan.

Kata Nazri Noran lagi, terdapat juga beberapa segmen lain seperti Petang Era bersama Adi & Zahid dan Slot Dr Love Aaron Aziz yang mendapat perhatian pendengar sekaligus menjadi sebahagian daripada penyumbang utama kepada rating berkenaan.

“Insyallah, kami berhasrat untuk menggunakan khidmat Aaron Aziz lagi,’ ujarnya.

Ditanya apakah perancangan radio Era untuk mengekalkan kedudukan tersebut pada tahun seterusnya, beliau menjawab :

“Baru-baru ini Era menjadi penaja utama untuk Piala Malaysia 2012. Langkah agresif sebagai penaja utama ini diambil kerana menyedari potensi bola sepak tempatan yang semakin mendapat perhatian daripada seluruh penduduk Malaysia. Selain itu, kami turut menjadi penyiar radio rasmi untuk konsert jelajah Jennifer Lopez Dance Again yang akan berlangsung pada 2 Disember 2012 di Stadium Merdeka.

“Bagi mengukuhkan lagi jenama Era, kami akan mengadakan roadtour ke destinasi terpilih di seluruh Malaysia termasuk dengan beberapa perancangan yang tak boleh didedahkan lagi.”
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger