1News Online:
Home » » Hiburan - Jual Durian Kerja Hebat Syed Ali

Hiburan - Jual Durian Kerja Hebat Syed Ali

Tuesday, October 30, 2012 | 12:18 AM

PETALING JAYA: Pelakon kacak, Syed Ali Tar Mohd, 27, berazam untuk membuat kemunculan terbaharu menjelang tahun 2013 dengan merangkumi setiap aspek daripada penjagaan imej, kehidupan dan kerjaya agar kisah-kisah tidak baik yang dilaluinya dapat dihapuskan.

Syed Ali berkata, perubahan itu akan dilakukan secara berperingkat dan buat masa ini dia banyak memfokuskan kepada aspek kesihatan dengan berkunjung ke pusat kecergasan untuk bersenam dan membina otot.
Sementara itu, Syed bersyukur apabila rezekinya semakin bertambah walaupun namanya tidak sepopular artis-artis lain dan berhasrat untuk menjadi pelakon yang benar-benar berjaya dan disegani.
"Alhamdulillah rezeki sentiasa ada walaupun nama saya tidak segah artis lelaki yang lain. Namun begitu semangat saya tetap tinggi dalam mengejar impian yang saya semat selama ini," katanya.
Syed yang pernah popular menerusi drama Renjis dan Jiwa Kacau itu baru sahaja selesai menjalani dua buah drama berjudul Anakku Kahwin Lagi dan Dimensi untuk siaran RTM.
Mari kita ikuti kisah menarik mengenai pelakon yang berasal daripada Kuala Kangsar, Perak ini.
1. APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? : Memikirkan Tuhan dan duit.
2. SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? : Bapa saya.
3. APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? : Lupa pada diri sendiri.
4. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?: Banyak bercakap.
5. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?: Orang yang berlagak dan menganggap diri mereka hebat.
6. PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Menjadi Syed Ali seorang pelakon.
7. PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?: Tiada.
8. PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?: Pernah tetapi tidak pasti siapa.
9. BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?: Terbang.
10. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR? Tiada kerana seronok menjadi Syed Ali.
11. APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?: Tercalon dalam lima terbaik dalam Anugerah Skrin 2010 katergori Pelakon Lelaki Terbaik.
12. PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?: Apabila mengantuk.
13. KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Jual buah durian.
14. PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?: Selalu ambil berat tentang diri saya.
15. SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?: JK Rowling.
16. SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?: Superman.
17. BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?: Mahu dikenang tentang kebaikan yang ada.
18. MOTTO KEHIDUPAN ANDA.: Berusaha sehingga berjaya
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger