1News Online:
Home » » Hiburan - Izreen Azmindar Ingin Bakat Menari

Hiburan - Izreen Azmindar Ingin Bakat Menari

Monday, October 29, 2012 | 1:14 AM

BARU sahaja menamatkan zaman daranya bersama jejaka pilihan, pelakon Izreen Azmindar Mohd Aznam atau lebih mesra dengan sapaan Izreen mengambil keputusan untuk menghadkan sedikit lakonan dengan tidak melakonkan watak-watak antagonis keterlaluan.
Izreen bagaimanapun memberitahu keputusan itu bukan sahaja atas kehendak suaminya, Muhamad Riza Baharudin tetapi memikirkan mengenai statusnya sebagai isteri orang.
"Suami ada menasihati supaya hadkan sedikit lakonan dengan tidak membawa watak-watak keterlaluan dan sebagai isteri saya memahami perkara itu," ujarnya.
Pun begitu, Izreen menjelaskan dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan kerana ia adalah minatnya.

Mari ikuti kisah menarik mengenai pelakon jelita ini.
1. APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? : Makanan kerana saya lapar.
2. SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? : Ibu dan bapa.
3. APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? : Ular, lipas dan cicak.
4. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?: Sifat jenaka.
5. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?: Hipokrit.
6. PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Flying fox.
7. PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?: Tiada.
8. PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?: Tidak pasti.
9. BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?: Menari.
10. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR? Bagi saya semuanya sudah sempurna.
11. APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?: Memenangi tempat ketiga dalam Dewi Remaja 2006.
12. PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?: Bila sesuatu yang diidamkan tidak tercapai.
13. KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Lakonan.
14. PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?: Bila dia sentiasa bersama saya susah dan senang.
15. SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?: Ahadiat Akasha.
16. SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?: Superman.
17. BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?: Mahu dikenang tentang kebaikan yang ada.
18. MOTTO KEHIDUPAN ANDA.: Sentiasa positif.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger