1News Online:
Home » » Kesihatan - Kesan Sampingan Penggunaan Botox

Kesihatan - Kesan Sampingan Penggunaan Botox

Monday, October 29, 2012 | 1:34 AM

NEW YORK: Suntikan botox boleh memberi kesan sampingan iaitu menyebabkan kulit lebih berkedut jika diambil pada kadar banyak atau dilakukan pakar tak pengalaman.
Penolong profesor jabatan dermatologi di Kolej perubatan Weill Cornell di New York Dr David Becker, berkata cubaan menghilangkan kedut pada otot tertentu di mukamenyebabkan otot lain bertindak balas dan hasilkan kedut.
Beliau yang menulis rencana di jurnal Cosmetic Dermatology menegaskan kajian dilakukannya mendapati otot kedut di muka berpunca daripada reaksi wajah akan kelihatan lebih ketara jika tidak dirawat.
“Tindakan menyuntik botox pada otot wajah untuk memastikan ia tegang sebenarnya menghalang otot itu berfungsi secara normal.
Dengan kata lain, botox ‘melumpuhkan’ fungsi semula jadi otot wajah dan menyebabkan otot bahagian lain lebih aktif untuk menampung aktiviti bahagian dilumpuhkan akibat suntikan botox,” katanya. – Agensi


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger