1News Online:
Home » » Negara - Lelaki Ditembak Ketika Dikejar Peragut Stabil

Negara - Lelaki Ditembak Ketika Dikejar Peragut Stabil

Monday, October 29, 2012 | 1:09 AM

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang cedera ditembak ketika mengejar empat lelaki bermotosikal yang cuba meragut dua wanita di sebuah restoran di Sungai Buloh di sini Sabtu dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh malam Ahad.
Mangsa Lee Chee Long, 32, kini ditempatkan di unit rawatan rapi setelah menjalani pembedahan mengeluarkan peluru dari paru-paru sebelah kirinya pada pukul 11 malam, kata adiknya Sam Lee, 27.
"Bagaimanapun abang saya kini masih belum sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, Lee ditembak salah seorang daripada empat lelaki berkenaan setelah cubaan mereka meragut dua wanita tersebut gagal.
Seorang saksi, Raymond Yam, 24, berkata ketika kejadian beliau terdengar bunyi bising dari restoran tersebut sebelum terdengar kira-kira empat das tembakan dilepaskan.
"Satu daripada tembakan mengenai Lee manakala satu lagi mengenai sebuahkereta berhampiran," katanya.
Yam berkata beliau melihat suspek menghilangkan diri dengan dua motosikaliaitu Yamaha 125z serta Honda EX5 serta memakai helmet penuh. BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger