1News Online:
Home » , , » Menjelang pertemuan Piala Liga Inggeris bertemu Chelsea - Fergie

Menjelang pertemuan Piala Liga Inggeris bertemu Chelsea - Fergie

Tuesday, October 30, 2012 | 5:43 PM


Manchester - Lee Mason akan memimpin perlawanan Chelsea menentang Manchester United di pusingan Piala Liga Inggeris. Berkaitan kontroversi yang berlaku pada pertemuan sebelumnya, Sir Alex mengucapkan 'good luck' pada pengadil.

Hanya berselang tiga hari selepas perlawanan yang dianggap penuh kontroversi, Chelsea dan MU akan saling berhadapan pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris. Kedua-dua pasukan akan bermain di tempat yang sama, di Stadium Stamford Bridge.

Menjadi pengadil untuk pertandingan tersebut adalah Lee Mason, yang sudah menjadi pengadil Premier League pada 11 musim terakhir. Meskipun mempunyai banyak pengalaman, Mason akan merasakan tekanan yang berbeza apabila menjadi pengadil dalam perlawanan Chelsea vs MU nanti. Sebabnya tentu saja insiden yang berlaku dua hari lalu, yang melibatkan pengadil Mark Clattenburg.

Apabila ditanya wartawan soal penampilan Lee Mason sebagai pemimpin pertandingan, Fergie tidak mengulas banyak.

"Semoga berjaya untuk pengadil," sergah Fergie seperti diberitakan Mirror.

Berkaitan Mason, seperti diberitakan sebelumnya, dia pernah membuat keputusan yang salah sekaligus menguntungkan The Red Devils. Keadaan serupa pernah terjadi apabila menjadi pengadil pada perlawanan yang melibatkan The Blues.

Dalam satu kenyataan  kemenangan 3-2 ke atas Chelsea kelmarin, Fergie tak menyangkal kalau pasukannya mendapat kelebihan di atas padang. Namun begitu dia membenarkan kad merah Fernando Torres, kerana menurutnya El Nino 'memilih' menjatuh badan berbanding terus berlari mengejar bola melepasi pertahanan Jonny Evans.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger