1News Online:
Home » , » Sukan - Mourinho marah dengan para pengkritik Real

Sukan - Mourinho marah dengan para pengkritik Real

Monday, October 29, 2012 | 1:00 AM

Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho marah dengan kritikan terhadap pilihan pasukannya.

Mourinho ditanya tentang bahagian pertahanannya selepas kecederaan kepada Fabio Coentrao, Marcelo dan Alvaro Arbeloa. Di perlawanan Liga Juara-Juara mereka menentang Dortmund, beliau memilih Raphael Varane di bahagian tengah dan Sergio Ramos dan Michael Essien sebagai bek kiri dan kanan tetapi bahagian pertahanan barunya itu membuat banyak kesilapan dan merupakan punca utama mereka ditewaskan Dortmund.
Essien, terutama sekali, memberikan persembahan yang mengecewakan dan Mourinho dikritik media di Sepanyol kerana tidak mempunyai rancangan yang kukuh untuk mengatasi kecederaan-kecederaan itu. Bekas jurulatih Chelsea itu menjadi marah apabila dipersoalkan tentang pilihannya dan menyindir pihak media dengan berkata Gonzalo Higuain akan bermain di bek kiri menentang Real Mallorca.

"Esok [Ahad] Higuian akan bermain di bek kiri. Beliau kuat dari segi fizikal dan laju, boleh membuat hantaran yang baik dengan kaki kirinya dan boleh menjaringkan gol," adalah jawapannya selepas dipersoalkan tentang kesebelasan utamanya untuk perlawanan hari Ahad.
"Ia adalah satu perlawanan yang rumit. Mallorca adalah sebuah pasukan yang hebat, mereka mempunyai jurulatih yang hebat dan sukar untuk bermain di stadium mereka. Kami harus cuba membawa pulang tiga mata, tetapi jelas ia satu perlawanan yang agak sukar."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger