1News Online:
Home » , , » Sukan - Moyes: Gol Suarez tidak ofsaid

Sukan - Moyes: Gol Suarez tidak ofsaid

Monday, October 29, 2012 | 2:46 PM

Luis Suarez sekali lagi mendapat perhatian selepas pertemuan dengan Everton tamat dengan penuh kontroversi.

Jaringan Suarez hasil tandukan Sebastian Coates pada masa tambahan telah dinafikan kerana dikatakn ofsaid oleh pengadil.
Suarez bagaimanapun menjaringakn gol kedua Liverpool selepas Leighton Banes menjaringkan gol sendiri pada awal perlawanan dan telah ke arah Moyes untuk meraikan dan mengejek pengurus yang mengkritiknya sebelum perlawanan.
"Saya fikir ia sesuatu yang hebat. Saya sukakannya - sesuatu yang mungkin saya juga akan lakukan jika saya menjaringkan gol," komen Moyes tentang gaya Suarez meraikan golnya.
"Tetapi saya rasa dia bernasib baik untuk terus beraksi selepas kekasarannya."
Brendan Rodgers walaubagaimanapun tidak bersetuju dengan Moyes.
"Saya tidak rasa ia kad merah," katanya.
"Kadang kala itu yang anda akan terima dari penyerang, kadang-kala ia hanya perlanggaran dan mengagak pergerakan bola."
Namun, kedua-dua pengurus bersetuju tentang gol Suarez yang telah dinafikan.
"Kami sangat kecewa jaringan itu tidak diambil kira kerana bagi saya ia satu keputusan yang mudah," kata Rodgers.
"Saya tidak mahu terus bercakap tentang pengadil kerana perkara ini kerap berlaku musim ini."
Moyes akui pengadil tersilap tentang jaringan Suarez tetapi tetap tidak setuju Liverpool diberikan sepakan percuma yang menyebabkan gol itu.
"Ia jaringan yang betul tetapi saya tidak mahu bercakap panjang kerana perkara itu sudah berlalu."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger