1News Online:
Home » » Hiburan - Neelofa Respon Kritikan Baju Terlampau Jarang

Hiburan - Neelofa Respon Kritikan Baju Terlampau Jarang

Sunday, October 28, 2012 | 3:40 PM



Sekiranya minggu lalu aktres cantik ini panas dengan kontroversi ‘kisah cintanya’ bersama aktor kacak Hans Isaac, minggu ini timbul pula isu baru apabila pengacara NONA ini dikatakan telah memakai pakaian yang jarang sehingga menampakkan susuk pakaian dalam sewaktu sidang media Anugerah Skrin 2012 Khamis lalu.
Tak melatah, Neelofa amat tenang memberikan respon terhadap kritikan peminat mengenai isu berkenaan.
“Sebenarnya, masa hari tu Lofa pakai skirt rekaan Syaiful Baharim dan baju tu memang Lofa beli sendiri. Masa pakai baju tu tak nampak pun macam jarang.”
“Tapi Lofa mengaku memang salah Lofa sebab tak perasan benda-benda macam tu. Lepas ni Lofa akan lebih berhati-hati untuk memilih pakaian,” ujar Neelofa sambil tersenyum.
Nampaknya dalam sibuk dilanda kontroversi, rezeki Neelofa semakin melimpah ruah apabila aktres cantik ini dipilih sebagai pengacara untuk salah sebuah program hiburan terbitan Astro yang dikenali sebagai ‘MeleTop.’
Menerusi program ‘MeleTop,’ Neelofa akan digandingkan dengan pelawak terkenal, Nabil dan mereka akan mengendalikan sebuah program hiburan yang berbentuk komedi dan diselitkan dengan cerita-cerita gosip artis. Program ini akan bersiaran setiap hari Selasa, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro-On-the-Go bermula 30 Oktober ini.
Mengulas lebih lanjut mengenai penglibatan Neelofa dalam program ‘MeleTop,’ aktres cantik ini akui program yang bakal diacarakannya adalah amat berbeza dengan program sebelum ini.
“Program ‘MeleTop’ akan lebih menunjukkan perangai ‘gila-gila’ Lofa, tapi tak keterlaluan sangat. Lofa pun tak boleh terlebih lawak daripada Nabil.”
“Lagipun untuk program ni Lofa ada karakter Lofa sendiri, di mana Lofa akan bagi maklumat yang berunsur fakta, manakala Nabil pula akan lebih kepada yang merapu. Jadi program ini akan lebih seimbang.”
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger