Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasagaran berkata dalam operasi itu, polis turut menahan 105 individu yang terdiri pemilik premis, pengendali perjudian dan pelanggan dan merampas wang tunai berjumlah RM3,743.
Di Kuantan, serbuan dilakukan ke atas 14 kafe siber, lima di Bera dan dua diTemerloh, katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Beliau berkata ada antara premis itu pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.
Katanya, tindakan tegas akan dikenakan dan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti perjudian. BERNAMA
Post a Comment