1News Online:
Home » , , » Richards dikecualikan selama empat bulan

Richards dikecualikan selama empat bulan

Wednesday, October 31, 2012 | 1:14 PM


Manchester City mengalami masalah kecederaan besar setelah dilaporkan bahawa Micah Richards akan dikecualikan selama empat bulan kerana pembedahan lutut.

Pemain yang berumur 24 tahun itu akan menjalani pembedahan pada malam Isnin  setelah mengalami kecederaan dalam kemenangan City 1-0 ke atas Swansea dalam Liga Perdana Barclays.
Ia dijangkakan bahawa Richards akan kembali beraksi dalam tempoh enam ke lapan minggu tetapi pemain itu telah menyatakan bahawa tempoh proses pemulihan dipanjangkan kepada laman web rasmi pasukan.
"Apa yang penting sekarang adalah masalah sudah diselesaikan jadi lutut dapat pulih sepenuhnya," beliau berkata.
"Ia masih dibalut dan saya mengunakkan tongkat untuk bergrak. Saya tidak mampu melakukan apa-apa pada empat ke enam minggu seterusnya dan saya tidak sabar untuk kembali beraksi di atas padang."
Kecederaan itu telah menyebabkan Roberto Mancini terkial-kial untuk menggantikan tempat beliau.
Kededua Pablo Zabaleta dan Maicon telah dikecualikan dalam perlawanan menentang Swansea dengan masalah hamstring dan kaki.
City sedang mengharapkan bahawa kededua pemain itu dapat kembali beraksi di mana Zabaleta turut meluahkan pandangan optimistik untuk diturunkan dalam perlawanan bertemu West Ham pada hujung minggu/
City harus menewaskan Ajax pada hari Selasa untuk melayakkan diri dari perlawanan kelayakan. Kemenangan itu juga akan membernarkan mereka merampas tempat ketiga dalam kedudukan Kumpulan D dan tempat dalam Liga Eropah.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger