1News Online:
Home » , , » Sukan - Rooney: Keyakinan Chelsea meningkat

Sukan - Rooney: Keyakinan Chelsea meningkat

Sunday, October 28, 2012 | 3:12 PM


Pemain Manchester United, Wayne Rooney merasakan kemenangan Liga Juara-Juara Chelsea musim lalu telah meningkatkan keyakinan mereka.

Chelsea telah menang semua kecuali satu perlawanan mereka dalam liga setakat ini tetapi akan menghadapi ujian yang sukar apabila menentang Manchester United pada hari Ahad.
Rooney sedar tidak mudah untuk United mendapatkan keputusan yang baik hujung minggu ini memandangkan prestasi Blues yang hebat dan beliau merasakan pasukan Roberto Di Matteo telah menjalani perubahan sejak memenangi Liga Juara-Juara Mei lalu.
Selepas kemenangan bersejarah itu, pemilik Chelsea Roman Abramovich menandatangani pemain-pemain seperti Oscar, Eden Hazard, Cesar Azpilucueta dan Victor Moses
Dan Rooney merasakan dua fakta itu boleh bergabung untuk menghalang pasukannya untuk mengejar pasukan Blues di kemuncak liga. Tetapi beliau percaya pasukannya boleh mencatat kemenangan pertama mereka di Stamford Bridge sejak tahun 2002 jika bahagian pertahanan mereka memberikan persembahan yang kukuh.
"Mereka telah memulakan musim ini dengan sungguh hebat. Jelas kemenangan Liga Juara-Juara musim lalu telah meningkatkan keyakinan mereka," beliau memberitahu The Guardian.
"Mereka telah menandatangani beberapa pemain hebat dan telah menambah kepantasan ke pasukan mereka musim ini.
"Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan memberikan persembahan defensif yang baik dan kemudian cuba untuk menjaringkan gol.
"Kami harus memastikan kami bermain dengan yang terbaik dan cuba menewaskan mereka."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger