1News Online:
Home » » Negara - Sepasang Kekasih Maut Selepas Rumah Didiami Terbakar

Negara - Sepasang Kekasih Maut Selepas Rumah Didiami Terbakar

Monday, October 29, 2012 | 1:12 AM


JOHOR BAHARU: Sepasang kekasih maut dipercayai akibat sesak nafas selepas rumah mereka di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu, di sini mengalami kebakaran, Ahad.
Kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian belakang rumah jenistownhouse itu berlaku pada 11 pagi dan menyebabkan kedua-dua mangsa, Ang LyeHock, 52, dan Angielee Ambrose, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, Ang yang merupakan rakyat Singapura dan Angielee, yang berasaldari Sabah, sebelum itu dipercayai bertengkar di dalam salah sebuah bilik dirumah berkenaan sebelum berlaku kebakaran.
Seorang jiran mangsa yang juga pengurus bangunan berkenaan, Baharudin SaffriAksan, 46, ketika ditemui berkata kejadian disedari ketika dia sedang berada dibalkoni untuk membersihkan penghawa dingin rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah mangsa.
"Pada mulanya saya dengar orang bergaduh. Saya buat tidak tahu sahaja keranasering mendengar mereka (mangsa) bergaduh sebelum ini. Tiba-tiba saya mendengarbunyi letupan dan kelihatan asap tebal dari rumah mangsa.
"Saya bergegas turun dan cuba memberi bantuan dengan membuka pintu rumahberkenaan, namun gagal kerana pintu tersebut dikunci dari dalam dan Angieleemungkin telah pengsan. Api semakin marak dan jiran yang lain juga cuba membantutetapi tidak berjaya," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh berkata pihaknya difahamkan kedua-dua mangsa sedang bertengkar sebelum kedengaran bunyi sesuatu benda meletup.
Katanya siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah terhadap kebakaran itu dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Baharu Raja Saiful Iswandi RajaHassan pula berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada 11.15 pagi tadi dantiga jentera bersama 18 anggota bomba tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.
Beliau berkata api dipadam sepenuhnya pada 11.50 pagi dan mayat Angielee ditemui di bahagian ruang tamu manakala mayat Ang ditemui di bilik mandi.
Kebakaran itu menyebabkan rumah terbabit 70 peratus musnah dan punca kebakaran sebenar sedang disiasat, katanya. BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger