1News Online:
Home » , , » Sukan - Arsenal meraih kemenangan besar

Sukan - Arsenal meraih kemenangan besar

Wednesday, October 31, 2012 | 1:19 PM


Arsenal bangkit semula dari ketinggalan 4-0 dalam perlawanan menentang Reading untuk menyamakan kedudukan sebelum meraih kemenangan 7-5.

Theo Walcott melengkapkan penampilan kembali ke Arsenal dengan menewaskan Reading dari Piala Capital One pada masa terakhir dalam perlawanan yang disifatkan dramatik di Madejski Stadium.
Pemain Gunners Marouane Chamakh, yang telah membuat penampilan pertama beliau sejak bulan Januari, menyerlah dengan tendangan kencang pada minit ke 13 dalam masa tambahan.
Pemain gantian Reading Pavel Pogrebnyak turut menyamakan kedudukan pada tiga minit terakhir sebelum jaringan gol lewat oleh Walcott diikuti dengan sepakan Chamakh untuk merampas kemenangan pada malam itu.
Arsenal telah bangkit semula setelah ketinggalan 4-0 dalam hanya sembilan minit pertama perlawanan yang telah mengejutkan mereka.
Sumbangan dari Jason Roberts, Mikele Leigertwood dan gol sendiri oleh Laurent Koscielny telah mengejutkan ramai penyokong tuan rumah apabila mereka mampu mendahului 3-0.
Apabila Noel Hunt menambah lagi jumlah gol, Arsenal hampir dalam bahaya dikuasai oleh pasukan Royals itu.
Jaringan gol dari Walcott, Olivier Giroud yang telah mengubah corak permainan Gunners setelah diturunkan ke padang dan Koscielny, telah memberikan harapan kepada para penyokong.
Walcott turut dinafikan percubaan terakhir oleh Adam Federici pada masa kecederaan. Namun, Carl Jenkinson mampu menyusuli kegagalan itu dengan menjaringkan gol terakhir untuk pasukan tuan rumah.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger