1News Online:
Home » » Sukan - Callejon dedah keharmonian Real

Sukan - Callejon dedah keharmonian Real

Tuesday, October 30, 2012 | 5:56 PM


Penyerang Real Madrid Jose Callejon yakin bahawa keharmonian dalam sebuah pasukan dapat membuahkan hasil positif.

Callejon merupakan salah satu penjaring gol dalam kemenangan besar pasukan Los Blancos ke atas Real Mallorca pada hujung minggu yang lalu - sebuah keputusan yang tidak hanya menolong juara La Liga itu mengekalkan tempat seri dengan pasukan Barcelona tetapi juga telah memberikan amaran kepada pasukan Catalans itu bahawa mereka tidak akan melepaskan kejohanan dengan mudah.
Real akan bertemu pasukan Alcoyano untuk pertembungan Copa del Ray dan Callejon dijangkakan akan menyerlah dalam perlawanan itu.
Pemain yang berumur 25 tahun itu telah mendedahkan bahawa pasukan beliau akan berjuang untuk meraih kejohanan walaupun ia berkurangan prestij dari kejohanan liga.
Beliau turut memberikan pujian kepada keharmonian pasukan.
"Kami sedang bermain untuk Real Madrid dan akan berjuang untuk setiap kejohanan yang mampu tercapai," Callejon berkata kepada laman web rasmi Real.
"Kami akan memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan Piala, sama seperti pertandingan yang lain."
"Pasukan kami amat rapat dan kami mempunyai keyakinan terhadap satu sama lain.
Bekas pemain Sepanyol itu turut bertekad untuk kerap memberikan sumbangan kepada pasukan.
"Saya ingin mendorong pasukan," Callejon menambah.
"Menjaringkan gol sememangnya penting tetapi anda harus mengekalkan prestasi dan menjaga kesihatan jika pengurus memerlukan anda."
Real kini berada di tangga ke empat dalam kedudukan La Liga dan akan bertemu Real Zaragoza dalam perlawanan seterusnya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger