1News Online:
Home » , , » Sukan - Cedera Pergelangan Kaki, Gervinho diketepikan Hadapi MU

Sukan - Cedera Pergelangan Kaki, Gervinho diketepikan Hadapi MU

Wednesday, October 31, 2012 | 5:31 PM

London - Pilihan yang ada untuk Arsene Wenger di barisan depan sebelum pertemuan menghadapi Manchester United berkurangan. Mengalami kecederaan pergelangan kaki, Gervinho diketepikan selama empat minggu.

Gervinho mengalami kecederaan ketika The Gunners menghadapi Queens Park Rangers pada Premier League, Sabtu (27/10/2012). Bermain sebagai pengganti Lukas Podolski pada minit 71. Gervinho hanya mampu bermain 10 minit dan kemudian dilihat berjalan terhencut-hencut.

Hasil imbasan pasukan perubatan Arsenal menunjukkan bekas penyerang Lille itu mengalami kecederaan pergelangan kaki. Hasilnya penyerang itu dianggarkan diketepikan selama empat minggu.

Selama empat minggu tersebut, ada empat perlawanan Arsenal yang tidak akan dilalui Gervinho: perlawanan menentang Manchester United, Schalke dan Montpellier untuk Liga Champions, dan derby London dengan Tottenham Hotspur.

Akan tetapi, di sebalik khabar buruk tersebut, Arsene Wenger boleh sedikit menghela nafas melihat prestasi tiga penyerang lain - Olivier Giroud, Marouanne Chamakh, dan Theo Walcott - tengah kompetetif

Dalam pertemuan dengan Reading yang berkesudahan dengan keputusan 'ajaib' 7-5, Rabu (31/10/2012), ketiga-tiga pemain tersebut mencetak gol: Giroud satu gol, Chamakh dua gol, sementara Walcott mencatatkan hat-trick.

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger