1News Online:
Home » » Sukan - City menang dalam kekecewaan

Sukan - City menang dalam kekecewaan

Tuesday, October 30, 2012 | 1:51 AM


MANCHESTER - Khabar kurang gembira menyelubungi kem Manchester City ekoran krisis kecederaan di bahagian pertahanan sebaik menewaskan Swansea 1-0 dalam aksi Liga Perdana England di Etihad awal pagi semalam.
Tonggak pertahanan, Micah Richards dilaporkan mengalami kecederaan lutut yang serius sehingga terpaksa dikeluarkan semalam.
Dengan ketiadaan Richards, pengendali City, Roberto Mancini pastinya semakin 'pening kepala' apabila turut kehilangan dua pemain pertahanan sebelum ini iaitu Maicon dan Pablo Zabaleta.
Sebelum ini, Richards hanya kembali menyertai kesebelasan utama The Citizens selepas diketepikan selama tiga bulan gara-gara kecederaan yang sama.
"Kecederaan Richards mungkin lebih teruk daripada dijangka.
"Dia juga agak keletihan memandangkan ini perlawanan ketiga Richards dalam tempoh 10 hari.
"Sejujurnya, saya harap situasinya tidak seburuk seperti yang disangkakan.
"Buat masa ini, saya tidak mempunyai jawapan mengenai situasi sebenar Richards," kata Mancini.
Terdahulu, Mancini terpaksa melupakan khdimat Zabaleta yang mengalami kecederaan hamstring manakala Maicon juga masih bergelut dengan tahap kecergasan yang kurang memuaskan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger