1News Online:
Home » , » Sukan - Clattenburg bakal disiasat

Sukan - Clattenburg bakal disiasat

Tuesday, October 30, 2012 | 1:21 PM


Mark Clattenburg bakal disiasat oleh pihak polis dan Persatuan Bola Sepak (FA) tetang dakwaan perkauman beliau terhadap John Obi Mikel dan Juan Mata.

Pegadil Clattenburg telah dituduh oleh pasukan juara bertahan Eropah itu atas komen yang kurang sesuai dan dikatakan rasis dalam kekalahan Liga Perdana Barclays kepada Manchester United pada Ahad lalu.
Chelsea telah membuat aduan rasmi tentang keputusan yang diambil dalam perlawanan dan Persatuan Bola Sepak (FA) telah mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat kes dan Clattenburg akan digantung dari tempat beliau selama seminggu.
Apa yang tidak boleh dielakkan adalah penglibatan pihak polis yang terlibat dalam kes yang merupakan yang kedua berprofil tinggi setelah ditegaskan oleh Society of Black Lawyers.
Peter Herbert, seorang pergawai dari Society of Black Lawyers telah mengirimkan surat kepada Metropolitan Police Service (MPS) yang berkata: "The Society of Black Layers ingin memperolehi rakaman insiden yang telah berlaku di Chelsea FC."
"Kami mendapat informasi bahawa komen rasis itu telah diarahkan kepada John Mikel Obi dan Juan Mata.
"Walaupun kes ini akan disiasat oleh Persatuan Bola Sepak, ia hanya benar jika MPS dapat menyaksikan jika kesilapan perkauman telah berlaku."
Aduan itu disahkan oleh pihak polis pada hari Isnin dan ia sedang dipertimbangkan.
Mereka menyatakan: "Pada petang 29 Oktober, Polis Metropolitan telah menerima aduan mengenai perlawanan Chelsea- Manchester United pada 28 Oktober.
"Ia kini dipertimbangkan.
"Para pegawai dari Hammersmith & Fulham Borough telah berhubung dengan pasukan Chelsea hari ini (Isnin) mengenai kes perkauman itu.
"Polis Metropolitan tidak menerima aduan dari pasukan Chelsea atau Persatuan Bola Sepak sebelum ini.
"Kami akan bekerjasama dengan kededua Chelsea dan Persatuan Bola Sepak untuk menyelesaikan kes ini."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger