1News Online:
Home » , » Sukan - Clattenburg nafi tuduhan rasis

Sukan - Clattenburg nafi tuduhan rasis

Wednesday, October 31, 2012 | 12:53 PM


Mark Clattenburg telah menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengatakan komen rasis terhadap pemain Chelsea John Obi Mikel dan Juan Mata.

Wartawan difahamkan bahawa pengadil Clattenburg terkejut dengan tuduhan oleh pasukan juara Eropah setelah mengunakkan komen rasis dalam kekalahan bersama Manchester United pada hari Ahad.
Persatuan Bola Sepak (FA) telah memulakan penyiasatan pada hari Isnin setelah Chelsea mengumumkan aduan secara rasmi terhadap pengadil yang berumur 37 tahun itu. Beliau juga telah bertekad untuk membersihkan nama beliau.
Persatuan Bola Sepak belum lagi menemubual Clattenburg pagi tadi tetapi dijangka akan melakukan sedemikian setelah meminta kenyataan beliau tentang kejadian yang telah berlaku semasa perlawanan Liga Perdana Barclays pada hari Ahad di Stamford Bridge.
Clattenburg telah memberikan kenyataan yang menakjubkan apabila beliau menjelaskan kejadian dalam bilik persalinan pengadil pada akhir perlawanan.
Beberapa sumber telah memberitahu pihak media bahawa pengurus Chelsea Roberto di Matteo, naib pengurus Eddie Newton dan ketua eksekutif Ron Gourlay turut hadir apabila Mikel menuduh Clattenburg dalam bilik itu.
Beliau, yang sedang bersama dua penolong dan pegawai ke empat pada masa itu, difahamkan amat terkejut dengan tuduhan itu. Rakan pengadil profesional Clattenburg turut berang telah memberikan sokongan kepada beliau.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger