1News Online:
Home » , , » Sukan - De Gea Bintang MU di Stamford Bridge

Sukan - De Gea Bintang MU di Stamford Bridge

Wednesday, October 31, 2012 | 5:20 PM


Manchester - Siapa pemain terbaik Manchester United ketika mengalahkan Chelsea di Stamford Bridge hujung minggu lalu? Peminat The Red Devil kebanyakan memilih David de Gea.

Penjaga gol muda Sepanyol itu mendapat penghargaan sebagai Man of the Match dari undian online dalam laman web rasmi MU baru-baru ini.

Dia memperoleh hampir 5,500 undian atau 52%, mengalahkan Robin van Persie (34%) dan Wayne Rooney (6%), serta dua pemain lain: Rafael da Silva dan Rio Ferdinand.

Pada perlawanan hari Ahad lalu itu, yang berakhir dengan keputusan 3-2 untuk MU, De Gea menunjukkan ketangkasan yang cemerlang. Yang paling cemerlang adalah ketika mematahkan peluang Fernando Torres, pada babak pertama.

Permainan epik De Gea tersebut tentu saja akan menjadi penilaian tersendiri buat Sir Alex Ferguson, sekaligus menaikkan kepercayaan diri. Sebabnya, pengurus masih melaksanakan dasar pertukaran antara De Gea dengan Anders Lindegaard.

Dari sembilan perlawanan Premiership yang telah dilalui MU, keduanya diturunkan secara seimbang: Lindegaard empat kali, De Gea lima kali. Hanya Lindegaard sedang bergelut dengan kecederaan, yang membuatkan De Gea mempunyai peluang besar untuk menunjukkan kebolehannya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger