1News Online:
Home » , , » Sukan - Di Matteo harus membuat pilihan

Sukan - Di Matteo harus membuat pilihan

Wednesday, October 31, 2012 | 1:08 PM


Roberto Di Matteo harus membuat pilihan jika beliau akan menyertakan John Obi Mikel dan Juan Mata dalam perlawanan Piala Capital One bersama Manchester United.

Pengurus Blues Di Matteo dijangka akan memberi masa rehat untuk duo pertahanan itu memandangkan pasukan sentiasa mengubah kesebelasan pasukan dalam perlawanan Piala Liga sebagai tradisi.
Namun, beliau harus mempertimbangkan keadaan emosi mereka setelah ia didakwa bahawa mereka telah menuduh pengadil Mark Clattenburg ke atas kesilapan mengunakkan kata-kata yang kurang sopan semasa perlawanan Liga Perdana Barclays menentang Manchester United pada hari Ahad.
Ia kurang jelas jika mereka lebih suka untuk dikecualikan dalam misi untuk membalas dendam pada malam Rabu yang mungkin memulakan saga perkauman dalam bola sepak Inggeris.
Clattenburg yang sedang menjalani penyiasatan pihak polis dan Persatuan Bola Sepak, difahamkan telah menafikan dakwaan itu.
Lee Mason akan menggantikan beliau dalam perlawanan pada malam Rabu. Beliau disambut dengan ucapan jenaka oleh pengurus United Sir Alex Ferguson sebelum dakwaan serius mengenai Clattenburg timbul.
Dua pemain Chelsea dibuang padang dan Clattenburg turut gagal untuk menyaksikan kemenangan gol oleh Javier Hernandez yang dikatakan ofsaid.
Ia dijangkakan bahawa kededua pasukan akan membuat perubahan dalam kesebelasan pasukan untuk perlawanan pada malam Rabu.
Fernando Torres dan Branislav Ivanovic telah digantung setelah dilayangkan kad merah pada hari Ahad diikuti John Terry yang sedang melalui hukuman digantun empat perlawanan domestik.
Ashley Cole turut dijangka akan dikecualikan akibat kecederaan lutut serta pasukan telah mengumumkan bahawa Frank Lampard tidak akan diturunkan.
"Ia sememangnya sebuah situasi yang mengelirukan," Di Matteo memberitahu laman web rasmi pasukan, www.chelseafc.com.
"Ia merupakan perlawanan ke empat dalam sepuluh hari dan kami mempunyai perlawanan besar pada masa yang akan datang jadi kami ingin mengukuhkan lagi pasukan dan menurunkan beberapa pemain muda.
"Kami telah berbincang tentang peningkatan pasukan dan akan memberikan peluang kepada beberapa pemain muda."
Daniel Sturridge, Cesar Azpilicueta dan Lucas Piazon - yang baru pulih dari kecederaan hamstring - kini kelihatan mantap untuk beraksi.
Mereka akan disertakan bersama Victor Moses, Marko Marin, Oriol Romeu and Ryan Bertrand jika Mikel dan Mata dikecualikan serta pemain muda George Saville dan Nathan Ake yang mungkin diturunkan dalam kesebelasan pasukan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger