1News Online:
Home » , » Sukan - Effa Owona ingin bantu Terengganu

Sukan - Effa Owona ingin bantu Terengganu

Monday, October 29, 2012 | 3:51 PM


Pemain import Negeri Sembilan telah menandatangani kontrak selama setahun dengan Terengganu untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Penyerang yang menjaringkan 24 gol untuk Negeri Sembilan dalam semua pertandingan musim ini berazam untuk meingkatkan prestasinya bersama Terengganu.
"Saya dapat rasakan musim baru ini akan lebih baik," katanya.
Owona akan pulang ke Cameroon minggu ini dan akan kembali ke Kuala Terengganu dengan keluarganya pada hujung bulan November.
"Saya boleh berehat sekarang selepas semuanya selesai dan saya tidak sabar untuk memulakan musim yang baru.
"Saya juga telah berkawan dengan beberapa pemain Terengganu dan saya pasti kami akan menjadi pasukan yang baik," katanya lagi.
Menurutnya lagi, beliau tidak mengambil masa panjang untuk menerima tawaran Terengganu.
"Saya tahu dari mulanya Terengganu sangat serius dalam membina semula pasukan selepas musim yang kurang baik.
"Mereka mempunyai pasukan yang baik tetapi nasib tidak menyebelahi mereka selama semusim. Saya harap saya dapat memberikan perubahan untuk pasukan musim depan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger