1News Online:
Home » , » Sukan - Elves kendali skuad Jang musim depan

Sukan - Elves kendali skuad Jang musim depan

Wednesday, October 31, 2012 | 12:49 PM


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan menesahkan Divaldo Elves sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan musim depan.

Pihak persatuan telah membuat keputusan untuk memilih bekas jurulatih kelab Persebaya FC dari Indonesia itu selepas menilai prestasi dan rekod cemerlangnya.
"Kita sudah meneliti rekod cemerlang jurulatih itu sepanjang membimbing Persebaya FC dan pelantikannya diharap dapat melakar sejarah baru buat Negeri Sembilan.

"Tambahan pula Negeri Sembilan bakal berwajah baru dengan menampilkan ramai pemain muda dari skuad Piala Presiden selain beberapa pemain berpengalaman yang masih kekal dalam pasukan.
"Justeru, Elves diharap dapat menjelmakan sesuatu dalam misi meletakkan reputasi pasukan di tahap yang lebih cemerlang," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di Seremban, semalam.
Jurulatih dari Portugal itu akan mengikat kontrak selama setahun dan dijangka memulakan tugas dalam masa terdekat.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger