1News Online:
Home » , , » Sukan - Everton ikat Liverpool 2-2

Sukan - Everton ikat Liverpool 2-2

Monday, October 29, 2012 | 2:55 AM


Luis Suarez dinafikan gol kemenangan pada masa kecederaan apabila Liverpool hanya seri 2-2 dengan Everton.

Suarez merembat masuk jaringan ketika masa hampir tamat tetapi penolong pengadil telah membatalkan jaringan itu yang dikatakan ofsaid.
Tayangan semula di televisyen serta merta menunjukkan penyerang itu tidak ofsaid apabila beliau menendang pasuk bola melepasi Tim Howard.
Pada awalnya, Everton menunjukkan semua kualiti yang telah meletakkan mereka di empat teratas musim ini dan Liverpool bolos dua gol selepas mendahului 2-0.
Selepas Luis Suarez menanduk masuk gol keenamnya musim ini pada minit ke-20, pasukan pelawata itu kelihatan menguasai perlawanan.
Walaubagaimanapun, Leon Osman menjaringkan gol pertama Everton hampir serta merta sebelum Steven Naismith menjaringkan gol penyamaan pada 10 minit sebelum waktu rehat.
Kedua-dua pasukan gagal mendapatkan gol kemenangan 55 minit selepas itu, satu mata cukup untuk mengekalkan Everton di tempat keempat.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger