1News Online:
Home » , , » Sukan - Gerrard kritik taktik Everton

Sukan - Gerrard kritik taktik Everton

Tuesday, October 30, 2012 | 1:23 PM


Pemain tengah Steven Gerrard telah mengritik taktik pasukan Everton dalam perlawanan Merseyside yang telah berakhir dengan keputusan seri pada hari Ahad.

Gerrard telah membawa pasukan Liverpool dalam perlawanan sengit pada hari Ahad di mana pasukan Toffees mampu menyamakan kedudukan walaupun telah ketinggalan dua jaringan gol dalam babak pertama. 
Pasukan the Reds turut dinafikan gol kemenangan pada masa tambahan setelah penyerang Luis Suarez dikatakan sedang berada di posisi ofsaid apabila beliau menanduk bola masuk gawang.
Gerrard menyatakan bahawa pasukan beliau berhak mendapat lebih dari satu mata dalam perlawanan Merseyside itu serta mengritik gaya permainan Everton. Beliau yakin bahawa pasukan telah bertungkus-lumus untuk menang pada hari itu.
"Saya kecewa untuk rakan sepasukan kerana kami telah bermain dengan baik," Gerrard berkata kepada The Sun.
"Everton merupakan sebuah pasukan yang cukup kuat dengan gaya fizikal mereka.
"Namun, hanya pasukan kami sahaja yang telah berusaha dalam permainan.
"Kami mempunyai beberapa pemain yang masih muda dan kurang berpengalaman tetapi kami telah berusaha sebagai sebuah pasukan - dan kami berhak meraih kemenangan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger