1News Online:
Home » , , » Sukan - Gerrard selar taktik Everton

Sukan - Gerrard selar taktik Everton

Wednesday, October 31, 2012 | 1:45 PM


STEVEN Gerrard nyata tidak berpuas hati dengan perlawanan Merseyside yang berakhir dengan keputusan seri kelmarin, apabila mengkritik taktik pasukan Everton.

Menyifatkan pasukannya berhak mendapat lebih dari satu mata dalam perlawanan tersebut, Gerard berkata Everton sengaja melengahkan masa setiap kali mendapat bola sama seperti apa yang dipraktikkan oleh Stoke.

“Everton adalah pasukan yang cukup kuat, terutama dengan fizikal pemain mereka. Oleh sebab itu mereka menggunakannya sebagai kelebihan. Namun jika diteliti, hanya pasukan kami sahaja yang banyak berusaha dalam permainan dan sudah tentu kami berhak untuk meraih kemenangan,” katanya.

Mengakui kecewa memandangkan dia dan rakan sepasukan telah beraksi dengan bersungguh-sungguh untuk meraih kemenangan lebih-lebih lagi apabila gol yang dilakukannya dikatakan offside, Gerrard berkata:“Kami mempunyai beberapa pemain yang masih muda dan kurang berpengalaman, tetapi kami berusaha sebagai sebuah pasukan."

Menurutnya, jaringan tersebut tiada masalah. Ternyata penjaga garisan melakukan kesilapan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger