1News Online:
Home » , , » Sukan - Hanya Rooney calon dari England

Sukan - Hanya Rooney calon dari England

Wednesday, October 31, 2012 | 1:57 PM


LONDON: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney menjadi pemain tunggal England buat tahun kedua berturut-turut berada dalam senarai pendek 23 pemain yang dicalonkan bagi anugerah Ballon d’Or yang diumumkan kelmarin.
Rooney yang sudah meledakkan banyak gol sepanjang 2012 tetapi tidak berpeluang meraih sebarang trofi bersama kelabnya serta memainkan peranan kecil bersama England di saingan Euro, apabila mereka tersingkir pada suku akhir.


Pemain Red Devils itu menerima tentangan daripada tonggak utama di Manchester City iaitu Sergio Aguero, Mario Balotelli dan Yaya Toure.

Robin van Persie yang muncul penjaring gol terbanyak musim lalu bersama Arsenal dan menyertai Rooney di Old Trafford pada musim panas lalu, turut tersenarai.


Pengurus United, Alex Ferguson dan rakan sejawatnya di City, Roberto Mancini dicalonkan sebagai jurulatih terbaik bersama-sama Roberto Di Matteo yang membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara dan Vicente del Bosque yang mengemudi Sepanyol menjulang gelaran Euro 2012.



Watak penting di sebalik kejayaan skuad bimbingan Di Matteo iaitu bekas penyerang Blues, Didier Drogba turut tersenarai bersama tujuh anak buah Del Bosque iaitu Xabi Alonso, Sergio Busquets, Iker Casillas, Andres Iniesta, Gerard Pique, Sergio Ramos dan Xavi Hernandez.

Pemenang edisi 2011, Lionel Messi dan tempat kedua, Cristiano Ronaldo turut disenarai.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger