1News Online:
Home » , » Sukan - Johor berbelanja besar

Sukan - Johor berbelanja besar

Wednesday, October 31, 2012 | 12:00 AM


Johor bakal menandatangani bekas pemain kebangsaan skuad Sepanyol, David Guiza minggu ini.

Johor FC yang musim depan dikenali sebagai Johor telah mengadakan rundingan dengan Guiza untuk mendapatkannya secara pinjaman selama satu musim.
David Guiza yang beraksi untuk pasukan Getafe FC merupakan sebahagian dari pasukan Sepanyol yang pernah menjuarai kejohanan Euro pada tahun 2008.
Beliau akan berada di Johor pada hari Khamis ini untuk mengesahkan terma dan syarat peminjaman di Johor FC.

Menurut setiausaha Johor, Suhairi Hashim, beliau mungkin pemain import termahal di Malaysia kerana nilai marketnya lebih dari 2 juta Euro.
Selain itu, penyertaan Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Muslim Ahmad dan Azmi Muslim dalam pasukan Liga Super itu juga bakal diumumkan minggu ini.
Sumber-sumber juga mengatakan Norshahrul Idlan Talaha 90 peratus hampir pasti akan beraksi untuk Johor musim depan walaupun baru-baru ini Kelantan FA telah menolak rayuan penyerang itu untuk berpindah.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menghantar surat kedua kepada Kelantan FA menawarkan pampasan untuk menebus kontrak Norshahrul.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger