1News Online:
Home » , » Sukan - Kes Clattenburg harus cepat selesai

Sukan - Kes Clattenburg harus cepat selesai

Tuesday, October 30, 2012 | 5:02 PM


Gordon Taylor telah meggesa Persatuan Bola Sepak untuk menyelesaikan kes perkauman Clattenburg secepat mungkin.

Persatuan Bola Sepak (FA) telah mengumumkan pada hari Isnin bahawa mereka telah memulakan penyiasatan kes tuduhan oleh pasukan Chelsea terhadap Clattenburg yang dikatakan telah mengunakkan kata-kata yang kurang sopan terhadap dua pemain pasukan dalam kekalahan 3-2 kepada Manchester United pada hari Ahad.
Beliau didakwa telah mengatakan beberapa komen rasis terhadap John Obi Mikel dan Juan Mata.
Ketua Professional Footballers' Association (PFA), Taylor sedar akan peningkatan jumlah kes perkauman dalam bola sepak baru-baru ini - termasuk kes yang melibatkan kapten John Terry - yang telah berlarutan selama setahun sebelum beliau digantung oleh Persatuan Bola Sepak.
"Kami sepatutnya lebih matang menangani masalah yang sama setelah melalui beberapa kes perkauman sepanjang 12 bulan ini," taylor berkata.
"Kini, para pengadil turut terlibat jadi kes itu amat serius dan kami harus menyelesaikan masalah itu dengan adil.
Pertanyaan menimbul jika salah seorang dari tiga lagi pegawai yang telah menjalankan tugas di Stamford Bridge dalam perlawanan, telah mendengar komen Clattenburg.
Bukti yang tidak dapat dibawa masuk perbincangan adalah rakaman sepanjang perlawanan kerana pihak pegawai tidak melakukannya.
Taylor berpendapat bahawa perbualan sebegini harus dirakam untuk menolong kes yang munkin timbul pada masa hadapan.
"PFA tidak pernah menghalangnya (untuk merakam perbualan sepanjang perlawanan)," beliau berkata.
"Rakaman itu mampu menolong kami mengesahkan yang sebenar dalam situasai sebegini."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger