1News Online:
Home » , » Sukan - LIONSXII Bawah-23 musim depan

Sukan - LIONSXII Bawah-23 musim depan

Sunday, October 28, 2012 | 3:15 PM


Dikhabarkan Singapura akan menghantar skuad LIONSXII Bawah-23 bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Selepas menamatkan musim di tempat kedua Liga Super Malaysia, kini mereka ingin menuju ke arah perkembangan dan pendedahan pemain Bawah-23 selaras dengan persiapan Sukan SEA 2013.
Menurut akhbar di Singapura, majoriti pemain LIONSXII musim depan adalah tidak lebih dari umur 23 tahun dan turut disertai lima pemain senior.
Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dijadualkan akan bertemu FAM minggu depan dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.
Jurulatih LIONSXII, V.Sundramoorthy berkata: "Kami telah berbincang dengan pemain yang telah disenarai pendek bagi skuad LIONSXII 2013 dan kami akan mengumumkan butiran sepenuhnya nanti termasuk senarai pasukan selepas Piala Suzuki."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger