1News Online:
Home » , , » Sukan - Mancini gembira dengan pasukannya

Sukan - Mancini gembira dengan pasukannya

Monday, October 29, 2012 | 12:58 AM


Pengurus Manchester City, Roberto Mancini gembira para pemainnya dapat mengatasi keletihan untuk menewaskan Swansea 1-0.

Juara Liga Perdana itu sekali lagi memberikan persembahan yang agak mengecewakan  tetapi berjaya menang dan bergerak satu mata di belakang Chelsea di tangga kedua selepas jaringan kemenangan Carlos Tevez.
City dan Mancini dikritik ramai selepas ditewaskan Ajax di Liga Juara-Juara beberapa hari yang lalu dan Mancini merasakan perlawanan itu telah menyebabkan ramai pemainnya berasa letih.

Pengurus dari Itali itu berkata: "Persembahan kami di separuh masa pertama tidak begitu memuaskan kerana saya rasa kami berasa letih tetapi di separuh masa kedua, kami bermain dengan lebih baik dan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol.
"Di saat-saat seperti ini, selepas kekalahan di Liga Juara-Juara, sangat penting untuk kami kembali menang.
"Kami telah bermain tiga hari yang lalu dan Swansea memberikan persembahan yang baik. Mereka lebih segar jadi ia sangat penting kami mendapati tiga mata ini.
"Kami kini mempunyai satu minggu untuk rehat dan saya harap beberapa pemain kami yang cedera dapat pulih untuk perlawnaan seterusnya."

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger