1News Online:
Home » , , » Sukan - Mancini harap penyokong sabar

Sukan - Mancini harap penyokong sabar

Tuesday, October 30, 2012 | 3:56 PM


Pengurus Manchester City Roberto Mancini mengharapkan agar penyokong pasukan lebih bersabar.

Pasukan juara Liga Perdana itu dicemuh oleh para penyokong di padang Etihad pada akhir separuh masa pertama dalam perlawanan menentang Swansea dengan keputusan tiada jaringan.
Ia telah berlaku setelah kekalahan Liga Juara-Juara di Ajax sebelum itu tetapi City tetap berjuang untuk merebut kemenangan pada akhir perlawanan dan Mancini mengakui bahawa ia mudah untuk melupakan bahawa mereka hanya mempunyai jarak satu mata dari tempat teratas.
"Mereka harus memahami bahawa ia adalah sebuah perlawanan yang sukar," Mancini berkata.
"Anda mungkin lemah apabila anda letih dan baru mengalami kekalahan dalam Liga Juara-Juara. Setiap pasukan memerlukan sokongan selama 90 minit.
"Ia adalah sebuah kemenangan yang hebat. Setelah ditewaskan dalam Liga Juara-Juara, ia amat penting untuk kami bangkit semula.
"Saya berpendapat bahawa kami masih berada di bawah kedudukan dalam Liga Perdana, tetapi apabila saya memeriksa kedudukan lagi, kami kini berada di tangga kedua."
City telah kekal gagah sepanjang Liga Perdana tetapi mereka telah melalui cabaran awal pertandingan - Mancini yakin mereka hanya memerlukan lebih masa untuk bertarung di Eropah.
"Ini semua merupakan perkara biasa," Mancini berkata. "Kami adalah pasukan yang hebat dan ini merupakan kali kedua kami bertanding dalam Liga Juara-Juara.
"Chelsea telah mengambil tempoh 10 atau 11 tahun untuk memenangi Liga Juara-Juara. Mereka kekal sebagai sebuah pasukan yang hebat dalam tempoh sepuluh tahun itu.
"Kami telah memenangi kejohanan pada musim lalu tetapi kami harus lebih berjuang untuk meningkat."
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 1 comments

November 4, 2012 at 2:31 PM

apapun terjadi MCIty kekal dihati saya...hehehe.....

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger