1News Online:
Home » , , » Sukan - Neviil mengkritik para pengadil

Sukan - Neviil mengkritik para pengadil

Monday, October 29, 2012 | 1:14 PM

Gary Neville telah mengritik para pengadil Mark Clattenburg atas keputusan beliau dalam kemenangan pasukan Manchester United 3-2 menentang Chelsea.

Setelah tandukan Ramires membangkit pasukan Blues dari ketinggalan 2-0 di Stamford Bridge, perlawanan kelihatan semakin dramatik setelah beberapa keputusan yang meragukan oleh Clattenburg yang turut menyebabkan Chelsea bermain dengan hanya sembilan pemain.
Penyerang United Javier Hernandez telah menyempurnakan hantaran Rafael untuk memberikan tiga mata kepada pasukan beliau untuk menutup jarak bersama Chelsea di atas kedudukan dengan hanya satu mata.
Kontroversi mula timbul apabila Branislav Ivanovic dibuang padang setelah kekasaran terhadap Ashley Young ketika pemain sayap itu sedang bergegas untuk menjaringkan gol. Keputusan itu telah menyebabkan beberapa keliruan jika kad merah itu agak keterlaluan.
Fernando Torres yang dilayangkan kad kuning pertama pada separuh masa pertama, turut dibuang padang setelah beraksi teatrikal dalam babak kedua. Mengecewakan lagi pasukan Chelsea, tendangan Hernandez yang disaksikan sebagai ofsaid telah diterima oleh para pengadil.
Beliau berkata kepada Sky Sports' Super Sunday setelah perlawanan itu, Neville bersetuju dengan keputusan yang diletakkan ke atas Ivanovic namun tidak menerima keputusan sama terhadap Torres.
"Kami telah menyaksikan beberapa aksi simulasi hari ini (Ahad.) Torres berhak jatuh walaupun tidak disentuh," bekas pemain pertahanan United itu berkata.
"Beliau mempunyai Johnny Evans dengan ketinggian 6ft 1in, yang telah menangani beliau dengan kuat. Torres sedar bahawa beliau terpaksa mengelak dari dikasari lalu jatuh kerana beliau telah menantikan kelakuan itu.
"Terdapat beberapa jenis simulasi dalam permainan bola sepak. Beliau mampu kekal berdiri tetapi anda tidak boleh berkata ia adalah sebuah kelakuan yang patut dilayangkan kad kuning. Beliau tidak berhak dilayangkan kad kuning."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger