1News Online:
Home » , , » Sukan - "Pengadil menjejaskan keputusan"

Sukan - "Pengadil menjejaskan keputusan"

Monday, October 29, 2012 | 3:48 PM


Pengurus Chelsea Roberto Di Matteo berang dengan keputusan pengadil apabila Chelsea mengalami kekalahan pertama mereka pada musim ini.

Ia merupakan sebuah perlawanan yang sengit di Stamford Bridge yang telah berakhir dengan kemenangan United 3-2 namun tetap akan diingati untuk beberapa keputusan tidak adil oleh para pengadil yang telah melayangkan kad kuning kedua kepada Fernando Torres ke atas aksi simulasi beliau lalu menyebabkan pasukan Blues untuk bermain dengan hanya sembilan pemain setelah Branislac Ivanovic dibuang padang sebelum itu.
Torres terjatuh setelah dikasari oleh Jonny Evans tetapi Clattenburg telah menyatakan kejadian itu sebagai aksi simulasi dan telah melayangkan kad kuning terhadap pemain itu.
Namun, Di Matteo yakin bahawa terdapat sentuhan antara Torres dan Evans serta beliau berpendapat bahawa pemain pertahanan Manchester United patut dibuang padang setelah merampas peluang emas dari pemain Sepanyol itu.
"Keputusan utama dari para pengadil hari ini (Ahad) telah menjejaskan keputusan terakhir," Di Matteo berkata.
"Fernando Torres dibuang padang dan gol ketiga dikatakan sebagai ofsaid. Ia sudah jelas telah mengakhiri permainan.
"Beliau (Torres) telah mendapat bola dan mampu melulusi sebelum ditendang di kaki lalu terjatuh akibat itu.
"Ia sepatutnya memberi sebuah sepakan percuma untuk kami.
"Kesemuanya telah berjalan dengan lancar untuk pasukan United dan ia telah mengecewakan kami."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger