1News Online:
Home » , , » Sukan - Rodgers bergantung kepada semua pemain

Sukan - Rodgers bergantung kepada semua pemain

Wednesday, October 31, 2012 | 4:20 PM


Pengurus Liverpool Brendan Rodgers mendedahkan bahawa beliau akan membuat perubahan kepada kesebelasan pasukan untuk perlawanan akan datang menentang Swansea.

Keputusan seri dengan bekas pasukan Rodgers dalam saingan Piala Capital One, merupakan perlawanan ke tiga dalam lima hari di mana pasukan Reds telah menewaskan Anzhi Makhachkala dan berkongsi mata bersama Everton dalam dua perlawanan sebelum ini.
Akibat jadual pasukan yang amat ketat apabila mereka bertemu Newscastle dalam perlawanan Liga Perdana pada hari Ahad ini, Rodgers turut menyatakan kepada laman web rasmi pasukan bahawa beliau menggalakan semua pemain untuk berkongsi beban itu.

"Ia merupakan salah satu falsafah yang ingin kami cipta - untuk bermain sebagai satu pasukan. Saya telah mengatakan bahawa saya akan bergantung kepada semua pemain untuk menyertai sebanyak pertandingan yang kami mampu.
"Kami mempunyai banyak pemain hebat jadi ia akan menjadi sebauh permainan yang sukar untuk kami. Kami akan mengubah kesebelasan pasukan."
Menggunakan Jordan Henderson sebagai controh, pengurus dari Utara Ireland itu telah meluahkan keyakinan bahawa pemain muda seperti beliau dapat memanfaatkan diri dengan beban untuk mempertahankan trofi pasukan.
"Sudah tentu semua pemain ingin disertakan dalam pasukan utama Liga Perdana Barclays tetapi pemain seperti Jordan yang mempunyai bakat yang hebat dan bakal mempunyai masa depan yang cerah di sini, tidak mempunyai sebanyak peluang untuk bermain. Namun, keinginan beliau untuk lebih meningkat amat menyerlah," Rodgers berkongsi.
"Pasukan kini mempunyai hubungan erat antara satu sama lain dan ia telah memberikan kami peluang untuk mengekalkan tahap motivasi mereka dengan menyertakan pasukan dalam perlawanan-perlawanan penting. Kami mempunyai trofi Piala Liga di sini dan kami tidak akan melepaskannya dengan mudah.:
Liverpool akan bertemu Swansea dalam perlawanan Piala Capital One malam ini (Rabu).
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger