1News Online:
Home » , » Sukan - Rovers dalam dilema

Sukan - Rovers dalam dilema

Wednesday, October 31, 2012 | 1:40 PM


BLACKBURN dikatakan menunda perbincangan dengan Harry Redknapp berkaitan dengan jawatan pengurus kelab tersebut semalam.

Bekas ketua Tottenham itu sebelum ini dijangka akan bertemu dengan Penasihat Global Blackburn Rovers, Shebby Singh dan juga Ketua Eksekutif, Derek Shaw mengenai perbincangan untuk menggantikan Steve Kean.

Redknapp kini turut menjadi calon popular bagi menggantikan Fabio Capello sebagai jurulatih England.

Meskipun Redknapp dilihat berminat untuk menyertai pengurusan Blackburn, namun Rovers mungkin akan berdepan dengan masalah terutama untuk memujuk Redknapp berpindah ke Lancashire.

Kemungkinan untuk menerima jawatan di Queens Park Rangers (QPR) dan Southampton juga turut menjadi penghalang kepada Blackburn untuk mendapatkan jurulatih berusia 65 tahun itu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger