1News Online:
Home » , » Sukan - Vilanova bangga dengan Barcelona

Sukan - Vilanova bangga dengan Barcelona

Wednesday, October 31, 2012 | 4:23 PM


Pengurus Barcelona Tito Vilanova memberikan pujian kepada pemain pasukan dalam kemenangan 3-0 menentang Alaves dalam perlawanan Copa del Rey.


Pasukan Barcelona dijangka akan menewaskan kumpulan Segunda Division, Alvaes dengan mudah dan anak didik Vilanova itu telah menyerlah dalam peringkat pertama kempen Copa del Rey dengan jaringan gol oleh David Villa, Anders Iniesta dan Cesc Fabreagas.

Katanya kepada lama web rasmi pasukan, Vilanova yakin bahawa pasukan telah menonjolkan kematangan tersendiri dan tidak mengambil kesempatan ke atas keputusan perlawanan.
"Pemain pasukan telah memberikan persembahan yang baik walaupun sedang menentang pasukan yang telah bermain dalam Segunda Division B. Usaha mereka amat menyerlah sepanjang perlawanan," Vilanova berkata.

"Anda harus berhati-hati pada beberapa perlawanan pertama dan pasukan telah bermain dengan serius."

Walaupun pasukan Catalans itu mempunyai tiga mata awal sebelum melayakkan diri ke peringkat kedua, pengurus Barcelona itu telah menggesa pasukan untuk kekal berjuang apabila mereka bertemu Alaves ke Camp Nou.

"Anda tidak boleh terlalu yakin bahawa permainan sudah berakhir sebelum perlawanan kedua. Kami mampu berjaya kerana kami telah bermain dengan serius," Vilanova berkata.

"Mereka mempunyai pasukan yang telah menonjolkan keyakinan dalam perlawanan."

Vilanova juga memberi pujian kepada prestasi pemain muda yang berumur 20 tahun, Sergi Roberto.
"Beliau tidak akan mempunyai masalah untuk disertakan dalam pasukan utama. Beliau telah bermain dengan mantap dalam setiap perlawanan. Barca bakal mempunyai seorang pemain yang hebat dalam masa akan datang," beliau berkongsi.

Barcelona akan bertemu Celta Vigo dalam perlawanan La Liga pada Sabtu ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger