1News Online:
Home » , , » Sukan - Walcott bangga dengan kemenangan

Sukan - Walcott bangga dengan kemenangan

Wednesday, October 31, 2012 | 8:22 PM


Theo Walcott menyerlah dalam kemenangan Arsenal apabila mereka bangkit dari ketinggalan 4-0 untuk menewaskan Reading 7-5 pada masa tambahan.

The Gunners kelihatan letih apabila Reading mendahului 3-0 pada 20 minit pertama perlawanan dengan sepakan gol oleh Jason Roberts dan Noel Hunt serta gol sendiri dari Laurent Koscielny.
Namun, Walcott mampu menjaringkan gol pertama untuk pasukan sebelum babak pertama berakhir diikuti sumbangan dari pemain gantian Oliver Giroud dan Koscielny yang turut menyamakan kedudukan sebelum gol kemenangan oleh Carl Jenkinson pada akhir perlawanan.
Dua jaringan gol dari Marouane Chamakh dan Walcott telah berjaya mengakhiri perlawanan walaupun tandukan Pavel Pogrebnyak menyamakan kedudukan.
Walcott memberitahu Sky Sports 2: "Ia merupakan sebuah kemenangan yang tidak dijangkakan."
"Kami telah menjaringkan gol di padang lawatan. Walapun kami tidak mampu mempertahan dengan baik, kami tetap meraih kemenangan pada akhir perlawanan.
Walcott turut memberikan kredit kepada pemain pertahanan Jenkinson ke atas gol kedua beliau.
"Sudah tentu saya ingin mendapatkan hatrik tetapi saya akan mengucapkan tahniah kepada Carl!"
Jenkinson menambah: "Saya sudah lama menantikan peluang untuk menjaringkan gol dan ia amat memuaskan."
Arsenal kembali menyengat untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir untuk kali ke 10 berturut-turut walaupun telah membolos empat gol dalam separuh masa pertama dan pengurus Arsene Wenger mengakui bahawa ia merupakan malam yang menakjubkan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger