1News Online:
Home » » Tempat Menarik - Casa del Rio Melaka

Tempat Menarik - Casa del Rio Melaka

Wednesday, October 31, 2012 | 12:01 AM

Penginapan Serba Mewah



BANDARAYA MELAKA- Casa Del Rio Melaka adalah pilihan paling tepat bagi anda yang mahukan penginapan serba mewah dan eksklusif sejajar dengan status 5 bintang hotel butik berkenaan yang terletak No.88 Jalan Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia mengadap panorama indah Sungai Melaka penuh bersejarah!

Menampilkan ciri bangunan agak unik berkonsepkan Mediterranean yang turut menggabungkan kehebatan sentuhan seni bina Melaka, China, Arab, Portugis serta Belanda, hakikatnya kewujudan Casa Del Rio telah menjadi ikon kebanggaan Melaka yang diletakkan di tangga ke 28 dari 45 tempat yang mesti dilawati tahun ini oleh The New Yorks Times terbitan 6 Januari 2012.


Casa Del Rio Melaka menawarkan 66 bilik penginapan mewah yang menampilkan ciri-ciri sentuhan dekorasi dan fasaliti yang berbeza pada setiap bilik.

Selain menawarkan bilik penginapan serba mewah, Casa Del Rio juga menyajikan panorama yang cukup indah dari jendela bilik penginapan yang mengadap sungai. Ianya cukup mengujakan, terutama di waktu malam!

Setelah penat jalan-jalan di Jonker Walk atau melawat pelbagai produk pelancongan sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO, anda juga boleh merehatkan badan seketika di Satkara Spa yang menawarkan teknik urutan tradisional seperti Shiatsu, Lomi Lomi, Thailand, Bali atau Sweden.

Kelainan juga dapat anda rasakan bila melangkah masuk ke Bar Rio, River Cafe atau River Grill bagi menikmati sajian makan malam atau sekadar minum petang dengan pelbagai pilihan menu antarabangsa atau tempatan.

Setanding dengan statusnya sebagai hotel butik 5 bintang, Casa Del Rio Melaka telah mendapat Anugerah Go Green pada 8 September 2012 (Pertandingan Kebersihan dan Amalan Hijau Melaka 2012) serta Hotel Club Awards (Finalist in Best Hotel to Experience UNESCO Sites) dari Kementerian Pelancongan.


Diantara bilik penginapan mewah di Casa Del Rio


 Deluxe Room


Balcony


Intai Panorama Indah Di Muara Sungai Melaka


Ballroom KD Hang Tuah di Casa Del Rio Melaka



Meeting Room di Casa Del Rio Melaka 


Lokasi Casa Del Rio di pinggir Sungai Melaka menjanjikan suatu panorama yang cukup mengujakan


River Grill di Casa del Rio Melaka


Pemandangan indah Casa Del Rio Melaka dari arah Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka









Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger