1News Online:
Home » » Tips - Macam Mana Nak KAYA....?

Tips - Macam Mana Nak KAYA....?

Monday, October 29, 2012 | 1:29 AM

Itu salah satu persoalan yang pernah ditanya kepada saya. In fact, saya juga pernah terfikir persoalan yang sama!
Masa itu emas. Setuju kan?
Jadi, siapa yang ada masa, perumpamaannya sama seperti dia memiliki emas… yang banyak dan bernilai tinggi.

By the way, kita patut tanyakan pada diri kita sendiri, berapa lama masa yang kita dah peruntukkan untuk kita fokus dengan perkara-perkara yang menghasilkan pendapatan? Aktiviti yang boleh generate income.
Dalam sehari, kita biasa akan lakukan aktiviti seperti berikut:

1. Tidur
2. Makan dan minum
3. Baca buku
4. Layan movie
5. Berhibur
6. Belajar
7. Draft paperwork
8. Draft blogpost
9. SMS/BBM/WhatsApp
10. Phone calls – business related
11. Phone calls – leisure, social, personal
12. Surf internet – business purpose
13. Surf internet – personal
14. Networking
15. Sales
16. Promotion and marketing
17. Hobi
18. Bersenam/bersukan
19. Dating
20. Layan anak-anak
21. Masak
22. Kenduri/ wedding reception
23. Mengemas Rumah
24. Travel
25. Shopping
26. Memandu
27. Layan tetamu
28. Siram pokok bunga
29. Mandi
30. Tak buat apa-apa

Jika masa kita banyak disalurkan untuk hal-hal yang membazirkan duit, jalan kekayaan semakin hari akan jadi semakin sempit.

Jika masa kita banyak digunakan untuk hal-hal yang langsung tak menambah nilai pada diri kita, keadaan kita tak akan berubah sampai bila-bila. Lebih-lebih lagi kalau kita asyik doing nothing.

Jadi kan dah jelas, persoalan tentang macam mana nak kaya boleh dirungkaikan dengan menyalurkan masa kita ke aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang kepada pertambahan pendapatan.

Insya Allah, akan dimudahkan jalan dan kekayaan akan datang dan berada dalam tangan. Jika bukan sekarang, masanya pasti akan datang.


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger