1News Online:
Home » » Tips Untuk Usahawan Kekurangan Bantuan

Tips Untuk Usahawan Kekurangan Bantuan

Monday, October 29, 2012 | 4:46 PM


Terdapat banyak NGO, persatuan, pertubuhan serta yayasan keusahawanan yang ditubuhkan untuk mempergiat aktiviti keusahawanan di kalangan peniaga bumiputera termasuk di luar bandar.  Usaha murni ini wajar dipuji, apatah lagi sekiranya mereka berdikari di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan subsidi atau bantuan kewangan daripada kerajaan.

Cuma, kadang-kadang terdapat kekangan di sana-sini.  Antaranya sejak Kementerian Pembangunan Usahawan dibubarkan, champion kepada aktiviti keusahawan kurang diketahui umum dan terpencar ke sana-sini.  Majoriti usahawan mahupun payung mereka tidak pasti ke jabatan kerajaan mana harus mereka tuju.  MITI kah?  KKLW kah? Atau di mana?
 
Sebagai info bersama, banyak Kementerian mempunyai jabatan yang menangani aktiviti keusahawanan.  Yang berbeza cuma kumpulan sasar.  Ada FAMA, LKIM, MARDI, MARA, lembaga kemajuan wilayah seperti KEJORA, KETENGAH, lembaga kemajuan tanah seperti FELCRA, dan banyak lagi.  Masalahnya apa akan jadi kepada usahawan yang tidak dapat bernaung di bawah jabatan-jabatan kerajaan ini?

Ada banyak kelebihan jika usahawan dapat bernaung di bawah agensi.  Antaranya, info tentang peluang-peluang ekspo, latihan, bantuan pelabelan, promosi dan lain-lain akan diketahui lebih awal berbanding orang lain.  Kadang-kadang, mereka yang paling awal ditawarkan peluang tersebut.  Lebih-lebih tu baru dibuka kepada orang lain.  Jadi apa halnya orang lain tu?

Akal akar berpulas tak patah.  Di sebalik semua kekangan ini, tetap ada jalan.  Jalan yang mudah bahkan kalau kena gayanya murah.  Ambil contoh latihan dan bimbingan untuk usahawan di bawah NGO X.  Mereka boleh sahaja sertai mana-mana seminar keusahawanan bimbingan jabatan kerajaan di ekspo-ekspo besar seperti HALFEST, MAHA, malah KUD yang akan berlangsung di Putrajaya tahun hadapan.  Lazimnya seminar sebegini percuma dan terbuka sebab matlamat penganjur ialah untuk memastikan penyertaan seramai mungkin peserta.

Cara lain ialah bentuk kerjasama strategik dengan jabatan-jabatan kerajaan.  Anjurkan ekspo sendiri dengan skala kecil, dengan memohon kebenaran penggunaan logo rasmi jabatan tersebut sebagai tanda sokongan dan tarikan kepada orang ramai.  Tapi bersikap jujurlah, kalau kebenaran sudah diberi jangan pula disalah guna.  Sekali orang tak percaya, tiada lagi peluang kedua.  Sekali orang mula percaya, insya-Allah ada jalan seterusnya.  Lebih elok sekiranya selesai penganjuran ekspo berkenaan, dihantarkan laporan penilaian dan pencapaian secara bergambar kepada jabatan kerajaan yang sudi membenarkan logonya digunakan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger