1News Online:
Home » » Tutorial Blog - Memasang signature/tandatangan di bawah post

Tutorial Blog - Memasang signature/tandatangan di bawah post

Wednesday, October 31, 2012 | 3:04 AM


Mungkin ada di antara anda pernah melihat blog rakan anda yang memaparkan signature ataupun tandatangan di ruangan bawah setiap posting. Jika anda berasa tertarik untuk meletakkan signature yang seperti itu, mylivesignature.com mungkin dapat membantu.  

Mylivesignature.com adalah satu site yang menyediakan perkidmatan membina signature secara percuma dan mudah. Tanpa perlu anda membuat pendaftaran.

Untuk mencubanya, sila klik di sini dan kemudian, ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah.

Langkah 1

Masukkan nickname yang akan di ubah kepada bentuk signature. seterusknya klik pada Next Step.

Langkah 2

Pilih jenis font yang bersesuaian. Setelah berpuas hati dengan jenis font yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 3

Pilih saiz font yang bersesuaian. Setelah berpuas hati dengan saiz font yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 4

Pilih warna signature dan juga warna background yang besesuaian dengan template blog anda. Sebaik-baiknya, warna background signature mestilah sama dengan warna background pada post. Setelah berpuas hati dengan warna font dan warna background yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 5

Pilih paparan yang di rasakan sesuai pada bahagian Slope. Setelah berpuas hati dengan Slope yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 6

Akhir sekali,dengan menggunakan mouse, klik kiri pada paparan signature yang telah siap itu. Seterusnya, salin URL bagi signature tersebut.

Contoh URL:http://www.mylivesignature.com/signatures/54488/74/541908D44D27E9E4659AA9FF42941015.png

Langkah 7

Paste URL signature (rujuk langkah 6) pada teks masukkan URL signature di sini pada kod berwarna biru di bawah.
<img src="masukkan signature disini" />

Contoh:
<img src="http://www.mylivesignature.com/signatures/54488/74/541908D44D27E9E4659AA9FF42941015.png" />

Langkah 8

Log in Blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. seterusnya tick pada Expand Widget Templates.

Langkah 9

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F dan paste atau taip kod <data:post.body/>pada ruang Find. Seterusnya tekan kekunci Enter.

Langkah 10

Paste kod signature yang telah siap di edit (rujuk langkah 7) dan paste kod tersebut di bawah atau selepas kod <data:post.body/>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger