1News Online:
Home » , , » Sukan - United menang dengan kontroversi

Sukan - United menang dengan kontroversi

Monday, October 29, 2012 | 2:56 AM

Manchester United menamatkan penantian 10 tahun untuk menang di Stamford Bridge dalam liga selepas menewaskan Chelsea 3-2 dalam perlawanan penuh kontroversi.

The Blues menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain dan telah ditewaskan oleh jaringan gol ofsaid.
Pengadil, Mark Clattenburg melakukan kesilapan dengan melayangkan kad kuning kedua dan seterusnya kad merah kepada Fernando Torres yang dituduh 'diving' selepas Chelsea bangkit dari jaringan gol sendiri David Luiz dan Robin Van Persie dengan gol oleh Juan Mata dan penyamaan oleh Ramires.
Branislav Ivanovic dibuang padang lima minit sebelum Torres.
Perlawanan mengambil masa kurang dari empat minit untuk Chelsea leka dan Van Persie merembat bola terkena tiang dan melantun dari David Luiz.
Wayne Rooney kemudian dilayangkan kad kuning selepas mengasari Hazard dan Mata menjaringkan sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti.
Mata mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian tetapi berjaya ditahan oleh De Gea.
Gandingan mantap Mata dan Oscar telah membenarkan Ramires menjaringkan gol penyamaan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger